Wednesday, October 12, 2011

Perihal KSSR DSV Tahun 2

Salam sejahtera....
Masih lagi lambat nak update blog...
Aku masih sibuk dengan kerja yang tidak menentu dan membataskan kerja-kerja aku untuk membuat blog ni denagan baik. Maaf kepada semua yang mecari bahan tapi tidak kesampaian kerana blog ni belum betul-betul updated. MAAF DARI SAYA!!!!!!

So aku nak cerita sikit perihal KSSR Tahun 2. Betul kata rakan sejawat aku, bila pergi kursus KSSR DSV Tahun 2 ni baru faham macamana nak buat KSSR DSV Tahun 1. Halamak!!

Kiranya selama ini aku buat kerja yang salah...haduyai...RPH tak berapa nak betul. Subjek tak berapa nak kena... Takpa-takpa, ada eviden...boleh kampoi balik..

Memang kalau orang atas turun tengok ni, memang masak la aku. Insyaallah, lepas ni, semuaya akan tersusun balik. Aku dah nampak dah hala tuju KSSR ni. Cuma ia agak merumitkan bagi matapelajaran yang lain. DSV hanya merumitkan bila nak buat RPH je..terlalu panjang. Nak buat eviden dengan markah tu Insyaallah la takde masalah.

Masa kursus tu rupanya diorang dah sediakan modul. Ikut je modul tu. Tapi tu laa.. Minda aku masih belum terbuka masa kursus tahun lepas. Tengok-tengok ada 7 ke 8 bidang je... Dalam 3 - 4 bulan  konfem dah abis ajar. Pelik betul aku... Baru sekarang minda aku terbuka dengan luas. Seluas mata memandang. Borang markah pun dah kasi, Isi je... Cuma yang masalah pada aku ialah eviden yang tak berapa menepati kehendak modul. Terpakasala aku guna mana yang ada asalkan boleh.


Sekarang aku sibuk dengan ujian akhir tahun je..
Semoga Allah melindungi aku... Amin....

1 comment:

  1. Salam cikgu,
    boleh tanya tak mengenai comtoh menulis insrumen (eviden) utk dsv th 2 tu.....saya menghadapi masalah mengenai cara nak menulis muka depan untuk eviden tu. kalau boleh, sudilah kiranya cikgu kongsikan di blog cikgu

    ReplyDelete