Wednesday, December 25, 2013

Tahun Baru, Azam Baru, Sekolah Baru

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah..

Dapat lagi menulis dalam blog... Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging ni..
Tambahan pula dapat berpindah kembali ke Tanah Semenanjung.. Dekat dengan keluarga, dekat dengan isteri...

Tak lah lama sangat mengajar di Sarawak, tapi dah rezeki dari Allah.. Saya terima dengan redha..

Kini saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Daerah Kulim. Walaupun bukan daerah sendiri, tapi inilah yang terdekat dengan keluarga.

Diharapkan dengan tahun baru yang akan mendatang ni.. azam baru dapat diterapkan di tempat kerja baru dengan penuh komitmen pada kerja..

Dan juga pada dunia blogging ini...

Thursday, March 1, 2012

Video Pertama

Salam sejahtera pada semua...
Sekali lagi, maafkan saya kerana tidak update2 blog ni....
Masih lagi kesibukan dan mengumpul idea, TAPI!!

Saya dah buat video yang pertama untuk Dunia Seni Visual KSSR!!!
Anda boleh tengok video di page BINAAN...

Klik page kat atas tu ye...

Saya harap dengan video ni, semangat saya untuk mengajar DSV akan lebih kuat dan akan terus membuat video..supaya saya dapat kongsikan bersama guru2 DSV di Malaysia untuk digunakan sebagai induksi dalam proses pengajaran & pembelajaran di sekolah..

RPT/RPH memang boleh didapati di laman sesawang.... cuma perlu taip dan cari betul2... saya masih lagi mencari laman sesawang yang sesuai untuk menyimpan data2 KSSR untuk di kongsikan bersama.. harap semua dapat bersabar....

Wednesday, October 12, 2011

Perihal KSSR DSV Tahun 2

Salam sejahtera....
Masih lagi lambat nak update blog...
Aku masih sibuk dengan kerja yang tidak menentu dan membataskan kerja-kerja aku untuk membuat blog ni denagan baik. Maaf kepada semua yang mecari bahan tapi tidak kesampaian kerana blog ni belum betul-betul updated. MAAF DARI SAYA!!!!!!

So aku nak cerita sikit perihal KSSR Tahun 2. Betul kata rakan sejawat aku, bila pergi kursus KSSR DSV Tahun 2 ni baru faham macamana nak buat KSSR DSV Tahun 1. Halamak!!

Kiranya selama ini aku buat kerja yang salah...haduyai...RPH tak berapa nak betul. Subjek tak berapa nak kena... Takpa-takpa, ada eviden...boleh kampoi balik..

Memang kalau orang atas turun tengok ni, memang masak la aku. Insyaallah, lepas ni, semuaya akan tersusun balik. Aku dah nampak dah hala tuju KSSR ni. Cuma ia agak merumitkan bagi matapelajaran yang lain. DSV hanya merumitkan bila nak buat RPH je..terlalu panjang. Nak buat eviden dengan markah tu Insyaallah la takde masalah.

Masa kursus tu rupanya diorang dah sediakan modul. Ikut je modul tu. Tapi tu laa.. Minda aku masih belum terbuka masa kursus tahun lepas. Tengok-tengok ada 7 ke 8 bidang je... Dalam 3 - 4 bulan  konfem dah abis ajar. Pelik betul aku... Baru sekarang minda aku terbuka dengan luas. Seluas mata memandang. Borang markah pun dah kasi, Isi je... Cuma yang masalah pada aku ialah eviden yang tak berapa menepati kehendak modul. Terpakasala aku guna mana yang ada asalkan boleh.


Sekarang aku sibuk dengan ujian akhir tahun je..
Semoga Allah melindungi aku... Amin....

Monday, July 25, 2011

Bermulanya cerita saya disini....


Salam sejahtera semua....
Baiklah...kat sini tak perlu la saya nak formal sangat sebab tengok pada tajuk pun dah tahu. Cerita Cikgu Zai, cerita daripada saya la kan?

Apa yang saya nak cerita ek? Hmmmm....

Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan...tapi dah lama buat blog baru nak update...ntah apa2...
Saya sibuk...aktiviti sekolah yang fit, sampai nak cari mood nak update pun tak kesampaian..ada2 je...

Jadi saya nak cerita sikit pasal saya dulu,
nama penuh saya Mohd Zainurin Bin Mohamad Zin.
Berasal dari negeri jelapang padi, Kedah.
Umur pada tahun ni (2011), 28 tahun. Masih bujang.
Pekerjaan, mestilah guru....di sebuah sekolah di Sarawak. Tak perlu la tahu nama sekolah tu...
Major PSV, minor Matematik, KH, Muzik...
Suka dengan sekolah ni sebab betul2 bagi aku ngajar PSV...

Saya jadi cikgu ni salah satu sebabnya adalah minat saya dalam bidang seni, disebabkan mak saya pun cikgu jugak, ayah bukan cikgu tapi saya mewarisi bakat seni beliau dan bakat mengajar mak saya... so it's the right mix la kan? Hehehehe....

Sekarang PSV dah tak macam dulu, ia sudah makin berkembang luas...macam2 yang boleh kita kaitkan dengan seni. Sampai la bentuk baru dibuat iaitu KSSR. PSV terus berubah kepada DSV, Dunia Seni Visual..
Kiranya aku jadi perantis dalam mengajar KSSR tahun satu...masih belum dapat praktikkan betul2. Tapi P&P sama je...cuma kena tengok tahap mana kena set...tak boleh ajar ke tahap yang tinggi...susah budak nak siapkan keje nanti...

Papepun setakat ini jelaa...mata pun dh ngantuk..lain kali pulak aku cerita....
Terima kasih sebab membaca.

Salam perkenalan

Salam sejahtera....
Selamat datang ke blog saya..

Dunia Seni Visual bersama Cikgu Zai

Minta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah buka blog ini dan mencari sesuatu yang masih belum wujud. Bukan tak ada bahan tu, cuma belum di muat naik lagi....masih kesibukan..

Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk membantu rakan-rakan guru dari seluruh negara dalam mendidik murid/pelajar...dan semestinya adalah pelajaran Pendidikan Seni Visual. Disebabkan KSSR mula wujud pada tahun ini, tajuk subjek juga bertukar menjadi Dunia Seni Visual....isi kandungan yang sama dan diperincikan lagi cuma sistem permarkahan sahaja yang berubah....termasuklah subjek-subjek yang lain.

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memuat naikkan contoh RPT, contoh RPH, menyenaraikan aktiviti - aktiviti seni secara terperinci dan bergambar agar mudah difahami seraya dapat digunakan untuk membuat induksi di dalam kelas...

Saya juga akan beri link untuk memuat turun bahan untuk mengajar Seni Visual. Setakat ini dulu cerita dari saya. Sekian...wassalam....