Monday, July 25, 2011

Bermulanya cerita saya disini....


Salam sejahtera semua....
Baiklah...kat sini tak perlu la saya nak formal sangat sebab tengok pada tajuk pun dah tahu. Cerita Cikgu Zai, cerita daripada saya la kan?

Apa yang saya nak cerita ek? Hmmmm....

Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan...tapi dah lama buat blog baru nak update...ntah apa2...
Saya sibuk...aktiviti sekolah yang fit, sampai nak cari mood nak update pun tak kesampaian..ada2 je...

Jadi saya nak cerita sikit pasal saya dulu,
nama penuh saya Mohd Zainurin Bin Mohamad Zin.
Berasal dari negeri jelapang padi, Kedah.
Umur pada tahun ni (2011), 28 tahun. Masih bujang.
Pekerjaan, mestilah guru....di sebuah sekolah di Sarawak. Tak perlu la tahu nama sekolah tu...
Major PSV, minor Matematik, KH, Muzik...
Suka dengan sekolah ni sebab betul2 bagi aku ngajar PSV...

Saya jadi cikgu ni salah satu sebabnya adalah minat saya dalam bidang seni, disebabkan mak saya pun cikgu jugak, ayah bukan cikgu tapi saya mewarisi bakat seni beliau dan bakat mengajar mak saya... so it's the right mix la kan? Hehehehe....

Sekarang PSV dah tak macam dulu, ia sudah makin berkembang luas...macam2 yang boleh kita kaitkan dengan seni. Sampai la bentuk baru dibuat iaitu KSSR. PSV terus berubah kepada DSV, Dunia Seni Visual..
Kiranya aku jadi perantis dalam mengajar KSSR tahun satu...masih belum dapat praktikkan betul2. Tapi P&P sama je...cuma kena tengok tahap mana kena set...tak boleh ajar ke tahap yang tinggi...susah budak nak siapkan keje nanti...

Papepun setakat ini jelaa...mata pun dh ngantuk..lain kali pulak aku cerita....
Terima kasih sebab membaca.

No comments:

Post a Comment